28 Januari 2019 - 19:22
Sidang Astana Akan Dimulakan Semula Pada Pertengahan Februari: Rusia

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa siri baru perundingan damai Syria berasaskan format Astana dijangka akan diadakan di ibu negara Kazakhstan pada pertengahan Februari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa siri baru perundingan damai Syria berasaskan format Astana dijangka akan diadakan di ibu negara Kazakhstan pada pertengahan Februari ini.

Diplomat terkemuka Rusia itu mengumumkan perkara tersebut di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Beibut Atamkulov, di ibu kota Rusia, Moscow, pada hari Isnin.

Beliau menambah bahawa perbincangan Astana yang ke-12 akan dihadiri oleh tiga negara penjamin rundingan tersebut, iaitu Rusia, Iran, dan Turki, serta entiti pemerhati dari Jordan dan PBB.

Beliau juga memberitahu kemungkinan bahawa para presiden daripada negara-negara penjamin juga akan mengadakan sidang kemuncak mereka sendiri. -Press TV